Options
Norhudi'in Danu@Dadoo
Preferred name
Norhudi'in Danu@Dadoo
Official Name
Norhudi'in, Danu@Dadoo
Alternative Name
Danu, Norhudi'in
Main Affiliation
Scopus Author ID
57218158125
Now showing
1 - 3 of 3
-
PublicationImpak bahasa dan sastera di Alam Melayu: satu tinjauan terhadap cabaran kepada kehidupan masyarakat dalam era IR 4.0(Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
; ; ;Jamsari Jamaluddin ; ;Alam Melayu mengalami tahap perkembangan yang tinggi selepas Melaka menjadi sebuah pelabuhan Entreport yang terkenal di Wilayah Nusantara sekitar abad ke-14 Masihi. Malah bahasa dan sastera turut berkembang secara positif apabila menerima pengaruh ajaran Islam yang dibawa masuk ke Nusantara. Namun begitu, apabila Malaysia terdedah kepada teknologi dunia digital, elemen-elemen asas seperti bahasa turut menerima kesannya dalam usaha untuk melestarikan bidang bahasa tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu serta kesannya dalam konteks masyarakat dan kebudayaan. Penulisan ini adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan melihat kepada sumber-sumber bertulis yang sedia. Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut akan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat bagi menjawab persolan dalam kertas kerja ini. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis segala rujukan yang digunakan dalam kajian ini. Perkembangan teknologi pesat yang melanda dunia pada hari ini turut melanda wilayah Tanah Melayu. Penerimaan teknologi sebagai asas pembangunan kepada negara bukan hanya melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan bahkan turut juga melibatkan aspek bahasa Melayu. Secara umumnya, didapati kesan kemasukan teknologi IR 4.0 memberi kesan terhadap bidang tersebut dalam konteks kemasyarakatan dan kebudayaan. Kedua-dua bidang tersebut memerlukan kepada pendekatan yang tertentu dalam usaha melestari dan memperkasakan bidang tersebut agar selari dengan keperluan dan perkembangan semasa. Tegasnya, usaha dan komitmen dalam kalangan rakyat dan pihak pemerintah adalah penting dalam usaha memartabatkan kegemilangan bahasa Melayu dalam generasi masa kini dan akan datang. -
PublicationMusic video as intervention therapy in reducing depression among Malay female juvenile detainees in rehabilitation center(IOP Publishing, 2020)
; ; ;The purpose of this study is to examine the use of music video as intervention tool in reducing depression among the Malay female juvenile detainees in rehabilitation center in one of the northern state of Malaysia. This is an experimental study which uses BDI II with a cronbach alpha of 0.86 in assessing the depression level with a dimension of physical, behaviour, education and life perception, self-perception and, family and society. The findings of this study concluded that music video (relaxation therapy) can be of an effective tool in reducing depression with a condition that the therapy itself must not exceed two times within four weeks in a row. Physical, behaviour and, education and life are the most significantly associated with the use of music video intervention (relaxation therapy).17 3 -
PublicationWarisan seni Keris tradisional Melayu: satu analisis dari perspektif kebudayaan Melayu(Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
; ; ;Jamsari Jamaluddin ; ; ;Amani Ali ; ;Keris merupakan senjata warisan yang menjadi lambang keberanian dan kesatriaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kehebatan senjata itu begitu istimewa hinggakan pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah begitu sinonim dengan keris yang dikenali dengan Taming Sari. Sehingga kini, keris menjadi lambang kebesaran institusi kesultanan Melayu di negara ini. Keunikan keris bukan sahaja terserlah ketika ditampilkan dalam gerak jurus persilatan, malah ia bermula daripada pembuatannya yang teliti dan halus. Meskipun, keris dilihat sebagai alat kebesaran dan kebudayaan namun mitos-mitos yang beredar dalam kelompok masyarakat yang beranggapan keberadaan keris dipandang dan difahami dengan cara yang salah menyebabkan salah satu benda peninggalan budaya ini dijauhi oleh golongan muda pada masa kini. Sebagai contoh, mitos mendirikan keris harus memiliki ilmu kebatinan dan lain-lainnya, tetapi sekiranya difikir secara logik mendirikan keris adalah disebabkan oleh keseimbangan menguasai benda, seperti dalam hukum fizik dan graviti. Kepercayaan mistik tersebut masih lagi melekat dalam kepercayaan masyarakat yang dipegang oleh masyarakat tradisional dahulu malah masih lagi dipercayai oleh masyarakat moden pada hari ini. Penulisan kertas kerja ini adalah bersumberkan kepada dokumen-dokumen bertulis yang sedia ada. Analisis berkaitan dokumen bertulis tersebut akan disaring bagi menjawab persoalan kajian dalam kertas kerja ini. Umumnya, pemahaman tentang keris ternyata masih lagi mendapat tempat dalam masyarakat khususnya dalam kalangan individu pengumpul keris dan pencinta kebudayaan. Pada awalnya fungsi keris memang dianggap sebagai senjata tikam. Namun, apabila berlakunya perkembangan dan perubahan zaman fungsi keris telah berubah menjadi alat pusaka. Pada masa tertentu keris juga sempat dijadikan sebagai simbol status sosial dan pada masa kini penerimaan keris cenderung kepada alat perhiasan dan kesenian serta kebudayaan.31 29