Options
Nurul Syazwani Zulkifli
Preferred name
Nurul Syazwani Zulkifli
Official Name
Nurul Syazwani, Zulkifli
Main Affiliation
Now showing
1 - 5 of 5
-
PublicationOrang Kurang Upaya’ dan ‘Orang Kelainan Upaya’: analisis kesantunan berbahasa dalam penulisan media akhbar(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2025-06)
; ; ;Pemilihan kata dalam konsep kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan. Pemilihan kata bukan hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan, namun pemilihan kata seharusnya sesuai dengan komunikasi interaksi sosial. Kajian ini membincangkan penggunaan kata ‘Orang Kurang Upaya (OKU1)’ dan ‘Orang Kelainan Upaya (OKU2)’ berasaskan data akhbar dalam talian di Malaysia. Aspek yang ditumpukan ialah gelagat kehadiran penggunaan kata OKU1 dan OKU2 dalam data akhbar dalam talian. Permasalahan kajian ini adalah wujudnya penggunaan istilah yang tidak seragam dalam penulisan akhbar bagi OKU yang merujuk “Orang Kurang Upaya” dan “Orang Kelainan Upaya”. Penggunaan kata OKU telah termaktub dan digunakan dalam Akta 685, iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008. Teori Kesantunan oleh Brown & Levinson (1987) dimanfaatkan bagi menghuraikan pemilihan penggunaan kata tersebut. Analisis kajian mendapati bahawa penggunaan kata OKU2 “Orang Kelainan Upaya” adalah lebih santun dan sesuai digunakan dalam penulisan media, komunikasi rasmi dan interaksi sosial. Menurut Teori Brown & Levinson (1987), pemilihan kata “Orang Kelainan Upaya” berupaya memelihara muka positif dan negatif seterusnya dapat mengelakkan rasa rendah diri atau stigma negatif berbanding istilah “Orang Kurang Upaya” yang kurang sesuai kerana menonjolkan kekurangan golongan tersebut.21 285 -
PublicationIssues of human development towards a prosperous life( 2014)
;This book is planned based on the responsibility to enlighten readers about issues surrounding human development. These issues are often resolved around the rapid changes in human development corresponding to today’s reality and human needs. To bridge the gap, the writers have taken proactive measures to produce and compile a collection of academic articles and published this collection as a book to provide valuable input and insight into human development. The topics discussed focus on multiple disciplines such as humanities, psychology, community, IT and communication, and entrepreneurship. It is hoped that this publication will highlight important input to society, policymakers, and students alike in efforts towards sustainable human development and enrichment of knowledge.17 188 -
PublicationFaktor-faktor yang mempengaruhi penentuan identiti diri remaja Melayu(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
; ; ;Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor–faktor yang mempengaruhi remaja lelaki dan perempuan Melayu dalam menentukan identiti diri mereka. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Responden dipilih dalam kalangan remaja Melayu dan merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan, dari tahun satu sehinggalah tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Sciences”(SPSS). Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Malaysia Perlis yang berumur dalam lingkungan umur 19-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, ekonomi, rakan sebaya, pendidikan dan media massa dengan pembentukan identiti diri pelajar lelaki Melayu. Sebaliknya bagi pelajar wanita perhubungan positif hanya wujud di antara faktor-faktor pengaruh ibu bapa, pendidikan dan ekonomi dalam pembentukan diri pelajar wanita Melayu.6 22 -
PublicationBahasa Melayu dalam arus Globalisasi: keutuhan jati diri dan ketakatan budaya Melayu( 2012)
; ; ;Wan Salha YusufKertas kerja ini cuba meneliti penggunaan Bahasa Melayu di peringkat globalisasi. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang mempunyai kemampuan pelbagai bidang ilmu seperti matematik, sains, kejuruteraan, agama, peradaban dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu. Keupayaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar ilmu dan sebagai bahasa rasmi tidak dapat disangkal lagi. Keupayaan bahasa Melayu diteliti dari segi pembangunan bahasa tersebut dan kapasiti penutur telah menjadikan bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini. Kertas kerja ini juga mengkaji bahasa Melayu dalam konteks keutuhan jati diri etnik Melayu akibat daripada globalisasi dan dunia ICT dan ini merubah pemikiran bangsa Melayu terhadap bahasa ibundanya sendiri. Perhubungan bahasa dan budaya Melayu sebagai identiti bangsa akan disentuh dalam keutuhan jati diri bangsa Melayu tidak terhakis akibat daripada arus globalisasi tanpa mengenepikan bahasa ibunda sendiri.9 189 -
PublicationFitrah Insan dan Ketuhanan: Cabaran KontemporariCiri-ciri pembangunan insan menurut Islam meliputi kemajuan keimanan, kemajuan keilmuan, kemajuan akhlak, penyuburan amal salih/kerja-kerja kebajikan, dan pada umumnya amr bi’l-ma’ruf (komitmen kepada kerja-kerja kebaikan), kesungguhan dalam menggerakkan nahy ‘ani’l-munkar (memerangi kemungkaran, jenayah, rasuah, keganasan dan seumpamanya), dan penghayatan keadilan. Pembangunan insan dalam Islam adalah pembangunan yang menghayati maqasid al-shari’ah (tujuan-tujuan syariat Ilahi), khususnya lima tujuan pokok Syariat Islam, iaitu memelihara agama; memelihara akal; memelihara nyawa, memelihara keturunan; dan memelihara harta. Dengan terjaminnya kelima-lima perkara ini maka barulah terjamin kesejahteraan dan keadilan masyarakat dan dengan itu juga terjaminnya pembangunan insan yang sebenar.
4 16